About Us

ALWAN STUDIO, ditubuhkan pada tahu 2015 bertarikh 5 Mei 2015. Ditubuhkan oleh Mohd Izzul Islam Bin Mohd Noor. 

Alwan Studio bermaksud warna warni studio. Alwan Studio merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan program kelas seni melukis dan mewarna, iaitu Alwan Artclass. Alwan Artclass telah beroperasi di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Dan kini telah mempunyai empat cawangan dan telah berjaya mendidik lebih 800 orang pelajar.

Alwan Artclass menjalankan program dalam perkhidmatan pembelajaran seni lukisan. Program ini adalah khas untuk kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun keatas dan remaja menengah yang ingin menduduki sijil pembelajaran menengah rendah (SPM) dalam peperiksaan seni lukisan kertas dua dan juga terbuka kepada semua peringkat umur yang berminat. Dengan program ini pelajar dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru dalam seni lukisan.

Misi Syarikat

  1. Memberi perkhidmatan pembelajaran dari sudut kemahiran melukis dan mewarna dan juga memupuk daya pemikiran kreatif.
  2. Membantu dengan menawarkan perkhidmatan dengan harga mampu milik.
  3. Memastikan tahap perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

Visi Syarikat

  1. Menjadikan Alwan Artclass sebagai pusat untuk pelajar memperolehi pembelajaran dalam bidang seni.
  2. Membantu para pelajar untuk menjadikan kemahiran seni yang dipelajari mampu berdaya saing dalam bidang seni dunia luar.

Founder & Guru

Mohd Izzul Islam

Founder & Guru

Kelulusan


  • Diploma jurusan Industry Art & Design di One Academy Penang
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Pengalaman


  • Berpengalaman bekerja sebagai Concept Artist selama 4 tahun di syarikat Animonsta Studios Sdn Bhd iaitu syarikat yang menghasilkan animasi Boboiboy & Mechamato.
  • Berpengalaman bekerja sebagai Concept Artist & Game Developer selama 3 tahun di syarikat Todak Studio Sdn Bhd.
  • Pernah menjadi part-time lecturer di Todak Academy selama 2 tahun.
  • Founder untuk animasi Jawispace dan Adi Jawi (Boleh saksikan di Youtube & Durioo+).
  • Pelukis mural dan juga graffiti.
  • Berpengalaman mengajar seni lukis selama 7 tahun.

  1. Memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar untuk mahir didalam bidang seni lukisan dan kraf.
  2. Memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan didalam masyarakat.
  3. Membantu pelajar-pelajar membina keyakinan diri, dan mampu membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
  4. Membantu para pelajar untuk menjadikan kemahiran seni yang dipelajari mampu berdaya saing dengan bidang seni dunia luar.

Nur Husna

Co-Founder & Guru

Kelulusan


  • Diploma jurusan Industri grafik design (Two Studio Multimedia Academy)

Pengalaman

  • Pelukis mural dan juga graffiti.
  • Berpengalaman mengajar seni lukis selama 6 tahun.

  1. Memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar untuk mahir didalam bidang seni lukisan dan kraf.
  2. Memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan didalam masyarakat.
  3. Membantu pelajar-pelajar membina keyakinan diri, dan mampu membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
  4. Membantu para pelajar untuk menjadikan kemahiran seni yang dipelajari mampu berdaya saing dengan bidang seni dunia luar.