Level 1 (Umur 6-12 tahun)
	
		
			
			
Program Level 1 dikhaskan untuk pelajar yang berumur dari 6 sehingga 12 tahun sahaja. Program ini merangkumi beberapa aturan silibus penting seperti;
		
			
			
	
		
			
			
- Pengendalian pensil warna
Pelajar akan diajar teknik menggunakan pensil warna supaya dapat mewarna dengan betul, cantik dan kemas. 
- Teknik gabungan warna
Pelajar dapat mempelajari cara menghasilkan gabungan warna yang betul. 
		 
	 
	
	
	
	
	
 
 
	
		
			
			
- Pengendalian pastel minyak / krayon
Pelajar dapat belajar mengendalikan pastel minyak / krayon dengan betul dan kemas. 
- Teknik gabungan menggunakan pastel minyak / krayon
Pelajar dapat menghasilkan lukisan penuh menggunakan gabungan warna yang betul. 
		 
	 
	
	
	
	
	
 
 
	
		
			
			
- Pengendalian warna air
Pelajar dapat belajar mengendalikan warna air, berus, cara guna air dan teknik mewarna dengan betul. 
- Teknik gabungan menggunakan warna air
Belajar gabungan warna air dengan menggunakan tekbik dan warna yang betul. 
		 
	 
	
	
	
	
	
 
 
	
		
			
			
Pelajar diajar teknik melukis dari asas sehingga dapat menghasilkan satu lukisan penuh beserta warna.
		 
	 
	
	
	
	
	
 
 
	
		
			
			
Setiap sebulan sekali, pembelajaran kraf akan dilaksanakan. Pelajar akan mampu menghasilkan kraf dari barangan kitar semula dan pelbagai barangan lain dan mahir mewarna pada permukaan material yang berbeza.